Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Macam mana nak kenal diri sendiri?

Posted by Unknown - -



Mengenal diri itu bermula apabila mengetahui adanya nafsu yang sentiasa berkehendak..dan kehendaknya sentiasa berlawanan dengan kehendak Allah s.w.t.
maka, dengan mengenali ciri-ciri nafsu, dan mengubatinya dengan cara yang sebenarnya, iaitu dengan bersuhbah bersama guru/murobbi, barulah kita dapat mengenal diri sendiri yang sebenarnya, sebagaimana yang telah difirmankan Allah:
"Sesungguhnya Aku menciptakan jin dan manusia untuk menyembahKu"..

iaitu, kita ini hamba mutlak kepada Allah yang perlu sentiasa menjalankan tugas kehambahan pada setiap waktu..bukannya hamba kepada sesuatu yang selain dariNya..

oleh kerana itu para 'arif billah berkata, "Sesiapa yang mengenal dirinya, maka akan mengenal Tuhannya"..

kerana, orang yang tidak mengenal dirinya yang sebenarnya, akan menjadi hamba kepada selainNya, termasuklah hamba kepada hawa nafsu..

allahua'lam..

Ada Persoalan?

2 Responses so far.

  1. nurul says:

    semakin lama semakin xkenal diri..

  2. Unknown says:

    sesungguhnya nafsu dan syaitan akan sentiasa membawa diri kita jauh untuk memerhatikan dan mengenali diri kita, sedangkan memerhati serta mengenali diri itu adalah sebahagian daripada tuntutan Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya yang bermaksud,
    "Dan telah kami tunjukkan ayat kami pada alam serta pada diri mereka sendiri, sehingga jelas bagi mereka akan Allah yang al-Haq....."
    surah Fussilat, 53.

    maka, dari sini berkata ulama' 'arif billah(sebahagiannya mengatakan kalam ini adalah hadith),
    "Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka akan mengenal Tuhannya".


    Allahua'lam~