Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Wasiatku kepada Keluargaku

Posted by Unknown - -


13 tahun,
itulah angka yang telah memisahkan kita,
yang menjauhkan kita,
tetapi,
segalanya mengandungi hikmat,
yang diketahui oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Hari ini,
ku bertemu kembali,
dengan izin Allah S.W.T.,
keluarga yang ku rindui selama ini.

Aku sujud syukur,
kerna impianku disempurnakanNya,
tapi aku khuatir,
tanggungjawabku semakin getir.

Hatiku menjadi gerun,
rimas dan gelisah,
agama yang kita anuti ini,
menyuruhku amal ma'ruf nahi mungkar,
sama-sama memperbetulkan apa yang salah,
memperelokkan yang baik.

Maka wasiat buat ibuku yang dikasihi,
begitu lama kita berjauhan,
merinduimu..lalu ku menjadi sakit,
terubat hatiku..bila bersamamu,
semoga Allah merahmati dirimu dan daku,
adalah wasiatku,
dari wasiat Nabi dan Ulama' kita terdahulu,
"sepenting-penting urusan bagi kamu disisiku,
ialah tidak meninggalkan solat lima waktu",
dan tutuplah aurat dengan sempurna,
taatlah perintah Allah dan RasulNya,
lebih dari taat seorang hamba kepada majikannya,
maka amatlah aku suka,
bagi seorang yang aku kasihi,
menjadi seorang muslimah,
bahkan seorang yang diredhaiNya,
janganlah diingkari,
kerana azabNya lebih pedih,
berhenti darah kerna gerun akan kuasaNya,
hingga gugur jantung ketakutan.

Dan...wasiatku kepada abangku,
sepertimana pesananku terhadap kaum muslimin,
lelaki adalah raja sesebuah negara,
ia memimpin akan segalanya,
dan kemajuan negara diatas keadilannya,
maka, sekiranya raja itu 'arifbillah,
sekiranya raja itu menyintai TuhanNya,
skiranya raja itu merindui RasulNya,
sekiranya raja itu taat akan warisannya(Quran dan Sunnah),
akan cemerlanglah negara itu,
diberkati oleh Allah setiap waktu,
menjadikan bawahannya juga taat kepada Allah,
kerana kamu yang memimpin,
maka sekiranya raja itu jahil lagi bodoh,
sekiranya raja itu membenciNya,
sekiranya raja itu melupaiNya,
sekiranya raja itu menjauhi warisannya(Quran dan Sunnah),
sekiranya raja itu sukakan maksiat,
maka gelaplah dunia dan segala isinya,
semuanya menjadi kelam dan gelisah,
dibawah murka Allah Taala yang Maha Adil,
Adalah wasiatku,
jangan ditinggal solat lima waktu,
jangan menjadi hamba kepada hawa nafsu,
jangan sekali membelakangkan Allah dan Rasul,
kerana kita bakal memimpin,
akan sebuah bahtera yang ramai,
didiklah hawa nafsumu,
didiklah dirimu,
basahilah lidahmu dengan berzikir,
perteguhkan aqidahmu dengan ilmu,
dan jauhilah maksiat,
jauhilah maksiat,
jauhilah maksiat,
kerana dengannya kita binasa,
maka..ikutilah wasiatku,
sekiranya hatimu benar mengerti,
akan kasih dan kerisauanku.

Dan wasiatku buat kakak-kakakku,
pernah ketikaku kecil disini,
teringinkan seorang adik perempuan,
kerana tidak pernah terbayang olehku,
akan adanya kakakku ini,
oleh batasan pengetahuanku,
maka...lebih ku risaukan,
kerana wanita itu fitnah dunia,
kerana wanita boleh menggegarkan dunia,
menundukkan lelaki yang keras kepalanya,
lebih ku risaukan,
kerana wanita memenuhi ruang neraka,
oleh kerana tidak berwaspada,
kketahuilah kakak-kakakku,
Nabi kita basah bajunya setiap malam,
kerana risaukan akan golonganmu,
ditangisinya setiap hari demi hari,
tanda cintanya Nabi kepada umatnya,
maka wasiatku buat kakak-kakakku,
sepertimana wasiatku kepada ibu kita,
jadilah muslimah yang baik,
contohilah seperti kekasih-kekasih Nabi,
Sayidatina Khadijah, Sayidatina 'Aisyah,
dan yang lainnya,
kerna itulah contoh tauladan yang baik bagimu,
maka ingatlah kakak-kakakku,
jangan sekiranya ditinggal akan solat 5 waktu,
dan peliharalah maruahmu dengan menutup auratmu,
seluruh tubuhmu kecuali muka dan tapak tanganmu,
kaki dan tanganmu disarungkan selalu,
kerana dirimu ibarat permata,
amat bernilai tidak terhingga,
maka jagalah ia sebaik-baiknya(aurat),
sekiranya hatimu benar-benar berharga,
awaslah dari perangkap hawa nafsu lelaki,
kerana ianya bisa yang tidak boleh diubati,
melainkan kakakku sekelian mengawal diri,
dari terjerumus didalam lembah yang berduri,
ketahuilah kakak-kakakku sekelian,
bahawa cinta lelaki dan wanita itu sebenarnya perangkap bagimu,
yang tanpa disedari,
kita menjadi hamba kepada hawa nafsu dan syaitan,
kerana mereka amat pandai menipumu,
wahai golongan yang mudah ditipu,
maka..cinta itu sebenarnya haram,
sekiranya tiada hubungan nikah yang halal,
jauhilah bagaikan kamu lari dikejar harimau,
bahkan lebih laju daripada itu,
sekiranya sayang itu pada si dia,
maka berkahwinlah kerana itu lebih baik,
dari terus-menerus melakukan dosa,
akhirnya mendapat laknat Allah tidak terkira,
sekiranya tidak..wahai kakakku,
maka berpeganglah pada pesanan ini,
jauhilah cinta yang sementara itu,
dan hanya menunggu wakil darinya,
untuk mendapat hubungan yang halal,
serta rahmat dan barakah dariNya.



Wahai keluargaku,
bukanlah bermaksud mencari kebencian,
ketidakselesaan dan kehinaan,
yang dapat menjarakkan lagi antara kita,
tetapi,
ini mungkin akhir kata dariku,
yang hakikatnya amatlah faqir diriku disisiNya,
sekiranya ada manfaat dari kataku ini,
maka berpeganglah pada wasiatku ini,
kerna ada antara kita yang dapat membawaku ke neraka,
dan ada antara kita yang dapat membawaku ke syurga,
jadi..diriku risau dan didalam dilema,
lalu..inilah wasiatku,
yang mungkin menjadi kalam terakhirku,
semoga Allah menunjukkan kita jalan yang lurus
menuju kecintaan yang hakiki kepadaNya..

One Response so far.

  1. salam ya akhi si musafir ilahi..

    saya mohon untuk copy paste yer...

    syukran2..