Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Aku Cemburu

Posted by Tengku Ahmad Saufie - -



Aku amat menyemburui,
Cemburu akan mereka yang sedang bermesra,
Tenggelam dalam niqmat cinta abadi,
Cinta akan dirimu dan Tuhanmu.

Wahai sebaik-baik pencinta,
Cintamu disambut oleh mereka yang lembut hatinya,
Walaupun dirimu telah jauh meninggalkan mereka,
Tetapi mereka tetap mengekorimu.

Kamulah sebaik-baik makhluk,
Yang diciptakan melebihi segala-galanya,
Kamulah petunjuk yang mempunyai semulia-mulia akhlak,
Yang menjadi panduan menuju kehidupan bahagia.

Sesungguhnya aku amat menyemburui,
Oleh mereka yang sedang merasai kebahagiaan ini,
Seperti "Sayyidul Mubah" Imam Busyiri,
Dengan qasidahnya yang melembutkan hati.



Bagaimana tidak aku cemburu,
Mereka senantiasa berjumpa denganmu,
Baik ketika tidur mahupun terjaga,
Melihat wajahmu yang begitu mulia.

Sesungguhnya amat perit hati menanggung rasa ini,
Hingga berlinangan air mata membasahi pipi,
Dalam merayu agar dikasihi,
Dan bertemu dengan mu pada suatu hari nanti.

Wahai Tuhan yang memiliki hati ini,
Tetapkanlah rasa cinta dan rindu ini padanya,
Masukkanlah daku ke dalam golongan yang di cintainya,
Agar nanti dapat ku kecapi niqmat bersamanya.




8/6/2009
2:04AM(mesir)
Ketika tenggelam didalam kerinduan,
Merindui akan dirimu Ya Rasulullah~

One Response so far.

  1. salamullahialaika...

    semoga kamu terus istiqamah ya akh..
    insyaAllah..sama-sama meraih cinta daripadaNya dan kekasihNya..