Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Hikmah 19

Posted by Unknown - -

~Bermula perjalanan seseorang salik adalah kejujuran~


Keterangan=
Ketahuilah saudaraku, bahawa kejujuran ini nilainya amat besar. Dan untuk mendapatkan kejujuran ini, amatlah susah. Betapa ramai orang yang mampu untuk jujur dengan orang lain(berpura-pura), akan tetapi dirinya mengetahui bahawa dia tidak jujur kepada diri sendiri. Sekiranya tidak mampu untuk jujur kepada diri sendiri, bagaimana pula mahu jujur kepada Allah? Sedangkan orang yang tidak mampu untuk jujur kepada diri sendiri, tidak akan mampu jujur kepada Allah, bahkan Allah Maha Mengetahui di dalam isi hati setiap hambaNya. Oleh kerana itu, para masyaikh sufi, mereka telah membebaskan diri mereka dari sikap "kepura-puraan", dan mengajar kepada salik(murid) agar membuangkan "kepura-puraan" diri masing-masing. Kerana dengan membuangkan sikap "kepura-puraan" ini adalah kunci untuk mendapatkan kejujuran dalam diri.