Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Cinta Bukan Sekadar Dakwaan - Kenapa Cinta Kepada Nabi s.a.w.

Posted by Unknown - -





Siapakah Nabi Muhammad ibn Abdullah S[1]


Apabila kita menyebut tentang Nabi Muhammad S, nescaya kita akan terbayangkan seorang manusia yang mulia, seorang Rasul yang menyampaikan risalah Islam yang diperintahkan Tuhannya, seorang manusia yang dikenali sebagai kekasih Allah dan sebagainya. Itulah Rasulullah S yang sentiasa disebut serta dipuji oleh seluruh manusia, hatta para intelektual dan ahli agama bukan muslim, kerana mereka menyedari bahawa besarnya jasa Nabi Muhammad S ini kepada manusia melalui ajaran Islam yang telah disampaikannya lebih dari 1432 Hijriyah.


Manusia sejak sebelum kelahiran Baginda S tahu bahawa kedatangan Baginda S adalah sebagai rahmat dan para ahli kitab daripada nasrani serta yahudi mengenali perihal Baginda S lebih daripada mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Baginda S sentiasa dinanti-nantikan kedatangannya agar dapat memimpin mereka ke arah kejayaan di dunia dan akhirat. Itulah yang berlaku kepada golongan Yahudi dan penduduk Yathrib(nama asal Madinah) yang mana mereka menantikan kelahiran Baginda S agar dapat menjadikan Baginda S sebagai pemimpin mereka. Bahkan ketika berlaku sebarang kesusahan dan peperangan, mereka sentiasa bertawassul dengan Baginda S agar diberikan kemenangan serta kesenangan kepada mereka, dengan berdoa sambil menyentuh nama Baginda S yang tercatat di dalam kitab mereka, dan mereka diberi pertolongan oleh Allah Y atas perlakuan mereka itu. Akan tetapi, penduduk Madinah yang jahil tentang kitab berjaya mendapatkan perhatian Baginda S apabila berjumpa dengan Baginda serta terlebih dahulu beriman dengan risalah yang Baginda S sampaikan ketika menunaikan haji di Mekkah. Sebaliknya bagi golongan ahli kitab, dimana kebanyakan mereka mengingkari risalah dan kenabian Baginda S setelah mereka mengetahuinya kerana hanyalah Baginda S itu bukan dari keturunan mereka(ahli kitab).


Siapakah Beliau S yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para ahli kitab dan penduduk Yathrib? Adakah beliau hanya seorang manusia biasa sepertimana tokoh-tokoh dunia yang lain? Ataupun sememangnya masyarakat terdahulu pun mengetahui keistimewaannya sehingga ternanti-nantikan kedatangannya melalui petunjuk kitab-kitab yang telah diturunkan melalui Nabi-Nabi terdahulu? Maka, mereka yang celik pemikiran serta suci hatinya akan mengatakan bahawa tidaklah Rasulullah S ini sekadar manusia biasa, akan tetapi beliau S adalah insan yang mulia lagi terpilih. Istimewanya Rasulullah S ini sehingga dirakamkan oleh Allah di dalam al-Quran;

 ﰄ   ﰅ      ﰆ  ﰇ      ﰈ  ﰉ  ﰊ  ﰋ  ﰌ    ﰍ      ﰎ  ﰐ  ﰑ            ﰒ    ﰓ   ﰔ  ﰕ    ﰖ  ﰗ  ﰘ  ﰙ  ﰚ    ﰛ  ﰜ  ﰝ  

Maksudnya: Katakanlah (wahai kekasih Allah): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka barangsiapa yang berharap untuk berjumpa dengan Tuhannya, hendaklah beramal dengan amalan yang soleh, serta tidak syirik dalam ibadat kepada Tuhannya akan sesuatu(yang lain)[2].


ﯧ  ﯨﯩ  ﯪ  ﯫ  ﯬ  ﯭ  ﯮ   ﯯ  ﯰ  ﯱ  ﯲ  ﯴ  ﯵ  ﯶ  ﯷ  ﯸ  ﯹ  

Maksudnya: “Bukanlah Nabi Muhammad itu bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu[3].


Selain itu Allah S juga berfirman;

 ﮬ  ﮭ  ﮮ  ﮯ  ﮰ  ﮱ   ﯓ  ﯔ  ﯕ  ﯖ  ﯗ  ﯘ    ﯙ  ﯚ  ﯛ 

Bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad S) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman”[4].


Itulah Rasulullah S, yang mana keadaan zahirnya adalah seperti kita. Baginda S makan, minum, berkahwin, bercakap dan sebagainya seperti manusia biasa. Akan tetapi Baginda S istimewa kerana Baginda S adalah insan yang terpilih oleh Allah Y untuk menjadi kekasihNya yang terpuji. Oleh kerana itu, Imam al-Bushiri[5] rahimahullah berkata di dalam sya’irnya;

فمبلغ العلمِ فيه أنه بشــــــرٌ
         وأنه خيرُ خلقِ الله كلهــــــمِ
“Kemuncak pengetahuan mereka tentang dirinya mereka hanya mampu mengatakan bahawa Baginda S itu seorang manusia yang merupakan sebaik-baik makhluk Allah Y keseluruhannya”[6].


Sepertimana yang kita telah ketahui melalui pengajian tentang sejarah kelahirah Baginda S, kelahiran Baginda S juga telah menunjukkan banyak kisah yang menakjubkan. Antaranya ialah, terpadamnya api sembahan majusi, runtuhnya istana kisra, nur memancar menerangi timur dan barat, lahirnya Baginda S dalam keadaan telah disunatkan serta jari Baginda S mengisyaratkan satu(dengan makna bertauhidkan Allah), dan sebagainya. Begitu juga ketika hayat kanak-kanak Baginda S, ketika bersama ibu susuan Baginda S, iaitu Halimatu as-Sa’diyah, kambingnya menjadi sihat dan penuh dengan susuan. Baginda S juga dijaga oleh Allah daripada menghadiri sebarang majlis keramaian yang diadakan oleh golongan musyrikin Makkah ketika itu. Selain itu, datangnya Malaikat Jibril yang membelah dada Baginda S kemudian menyucikan hati Baginda S daripada kekotoran dunia dan bisikan syaitan, serta dimasukkan hikmah yang cukup luas. Rasulullah S walaupun sebelum dilantik menjadi pesuruhNya, telah mendapat banyak kemuliaan yang menunjukkan betapa mulianya seorang insan yang bernama Nabi Muhammad S ini.


Untungnya kita menjadi umat Baginda S kerana kita juga turut terkesan dalam merasai kemuliaan Baginda S. Terbukti betapa tingginya kemuliaan Baginda S sehingga para Nabi terdahulu ada yang berharap untuk menjadi sebahagian daripada umat Baginda S sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa Nabi Musa pernah bermunajat untuk digolongkan sebagai umat Nabi Muhammad S. Begitu juga dengan Nabi Adam, yang menggunakan perantaan kemuliaan Baginda S untuk meminta kemaafan kepada Allah selepas diturunkan ke bumi setelah memakan buah khuldi. Firman Allah Y dalam menegaskan kemuliaan kita kerana menjadi umat kekasihNya;

ﭞ  ﭟ  ﭠ  ﭡ  ﭢ  ﭣ  ﭤ      ﭥ  ﭦ  ﭧ   ﭨ  ﭩ  ﭫ  ﭬ   ﭭ  ﭮ  ﭯ  ﭰ  ﭱ  ﭳ  ﭴ    ﭵ  ﭶ  ﭷ 

Maksudnya: “Kamu (wahai umat Rasulullah S) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik”[7].

Allahua'lam bis-Sowab

al-Faqir ilAllahi al-Latif,
Tengku Ahmad Saufie


[1] Baginda J bernama (Sayyidina) Muhammad ibn ‘Abdullah ibn ‘Abdul Mutallib ibn Hisyam ibn ‘Abdul Manaf ibn Kusyai ibn Kilab. Keturunan sebelah ibu pula, Siti Aminah binti Wahhab ibn ‘Abdul Manaf ibn Zuhrah ibn Kilab. Berketurunan Bani Quraisy yang menjadi pembesar kota Makkah. Dilahirkan di kota Makkah, dan berhijrah ke Madinah setelah penerimaan Islam oleh golongan ‘Aus dan Khazraj. Kelahiran Baginda J amat ditunggu-tunggu oleh golongan Ahli Kitab tetapi merekalah yang menjadi penentang kuat Baginda J setelah Baginda J menyampaikan risalah Nubuwwah kepada umatnya. Amat disayangi oleh keluarga dan penduduk Makkah, bahkan mereka lebih mempercayai Baginda J berbanding anak mereka sendiri. Berdakwah di Makkah secara sembunyi, kemudiannya terang-terangan yang memakan masa 13 tahun, dan 10 tahun di Madinah. Baginda .  -Sila rujuk kitab-kitab sirah-.
[2] Surah al-Kahf, 110.
[3] Surah al-Ahzab, 40.
[4] Surah at-Taubah, 128.
[5] Imam al-Bushiri rahimahullah nama asalnya ialah, Imam Abu Abdullah Muhammad ibn Zaid al-Bushiri asy-Syaziliy dan merupakan murid kepada Sayyid Abu al-‘Abbas al-Mursi dan sahabat karib kepada ulama’ yang cukup mahsyur, Imam ibn ‘Ato’illah as-Sakandari. Dilahirkan pada tahun 610 Hijriyyah dan wafat pada tahun 695 Hijriyyah. Beliau merupakan sorang pensyair yang terkenal dengan karangannya yang berjudul Qasidah al-Burdah. Beliau telah mengarang qasidah itu ketika dalam keadaan lumpuh, dan diriwayatkan bahawa setelah beliau selesai mengarang qasidah itu, Baginda J datang ke dalam mimpinya kemudian menyelimutkan beliau dengan satu helai burdah(kain). Setelah terjaga dari tidur beliau, beliau sembuh dari penyakit lumpuh itu. Maka, dengan peristiwa ini qasidah yang dikarangnya itu dinamakan Qasidah al-Burdah.
[6] Qasidah al-Burdah.
[7] Surah Ali Imran, 110.