Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Cinta?

Posted by Unknown - -


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين





Cinta di dalam Islam


A)   1)   Cinta berpandukan Syari’at.

Di dalam Islam, cinta kepada ajnabi bukanlah salah.. Cinta merupakan satu perasaan yang mulia, bahkan digalakkan kepada seluruh orang Islam, tidak terhad kepada berlainan jantina sahaja. Dengan cinta, seseorang akan mengambil berat akan seseorang yang lain, akan membantu orang yang dicintai itu tanpa mengharapkan perhatian dan balasan. Sebagaimana kita lihat dalam sejarah Islam, seperti para sahabat radhiyallahu ‘anhum yang mana mencintai Baginda s.a.w. lebih dari keluarga dan diri mereka sendiri, bahkan rela mengorbankan diri mereka kerana Baginda s.a.w. dan Allah s.w.t.. Mereka tenggelam dalam kesinaran Baginda s.a.w., bahkan mereka seolah-olah hilang pertimbangan diri mereka kerana cinta mereka kepada Baginda s.a.w.. Setiap masa dan hidup mereka tidak lain hanya untuk mengingati Baginda s.a.w., memikirkan apa yang patut mereka lakukan untuk membantu Baginda s.a.w. walaupun Baginda s.a.w. tidak meminta pertolongan mereka. Dalam masa yang sama, mereka mencintai sesama sendiri dan terhadap shabiyah pada zaman mereka, kerana Allah dan Baginda s.a.w., bukannya kerana maslahat terutamanya kerana ingin memikat.

Begitu juga contoh yang ditunjukkan oleh para murid kepada guru, khususnya dalam hubungan antara sheikh dan murid di dalam tariqat sufiyyah. Mereka mencontohi Baginda s.a.w. serta para sahabat radhiyallahu ‘anhum, dalam perkara cinta dan khidmat. Walaupun hubungan mereka dengan para murobbi mereka tidak mempunyai sebarang pertalian darah, akan tetapi mereka sanggup menumpukan diri mereka dalam berkhidmat kepada para guru murobbi mereka, sebagaimana suasana para sahabat radhiyallahu ‘anhum dengan Baginda s.a.w.. Mereka sanggup mengorbankan harta dan masa mereka demi berkhidmat kepada guru mereka. Itulah tanda cinta mereka kepada guru mereka, kerana tidak-lah guru mereka itu melainkan wasilah yang menyampaikan mereka pada kejujuran cinta kepada Baginda s.a.w. dan Allah s.w.t.(untuk membezakan pendakwa cinta dan cinta yang haqiqi). Melalui khidmat para murid kepada guru mereka, kita akan lihat mereka berkhidmat atas dasar kejujuran cinta mereka kepada gurunya, yang bersambung dengan Baginda s.a.w. dan Allah s.w.t.. Maka, cinta seperti inilah yang sebenarnya ditekankan dalam Islam, yang telah ditunjukkan para sahabat serta sahabiah radhiyallahu ‘anhum ajma’in.

Dalam hubungan antara seorang Muslim dan Muslimah pula, Islam tidak mengharamkan cinta, bahkan menggalakkannya kerana ia adalah satu perasaan yang mulia lagi suci. Seseorang muslim yang tulus mencintai muslimah kerana Allah s.w.t. dan Baginda s.a.w., akan menjaga dirinya serta diri muslimah itu daripada sebarang perkara yang boleh mendatangkan zina, walaupun zina hati, mata, dan sebagainya. Begitu juga dengan seorang muslimah yang tulus dalam mencintai seseorang muslim. Maka, mereka akan menjaga agama dan maruah diri mereka daripada perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t. serta menyalahi syari’atNya. Tanda mereka yang jujur dalam mencintai seseorang ajnabi yang berjalan atas syari’atNya ialah:
-             -   Tidak bermudah-mudah untuk berhubung serta berkata-kata bahkan bertemu.
-             -   Sentiasa mengingati temannya yang leka kepada mengingati Allah s.w.t.
-             -   Sentiasa mengelakkan diri untuk berhubung kepada temannya itu sebaliknya berhubung melalui keluarga temannya, ataupun mewakilkan ibu atau bapanya.
-             -   Tidak terus terleka dalam perasaan cinta yang tanpa dilandaskan hubungan yang sah, sebaliknya dia akan jujur dan berusaha untuk mempercepatkan ikatan perkahwinan.
-             -   Tidak mudah melafazkan perasaan dalam hati kepada orang yang dicintainya itu, sebaliknya memendamnya sehingga terjalinnya hubungan yang sah.

Maka, inilah antara tanda-tanda cinta yang jujur bagi seseorang muslim dan muslimah terhadap seseorang yang disukainya.


B)    Cinta menurut hawa nafsu


Akan tetapi, apa yang kita lihat pada zaman sekarang, para remaja terutamanya kebanyakkan pernah terjebak ke dalam hubungan percintaan ataupun terkenal dengan istilah “kapel”. Mereka menyandarkan menyandarkan hubungan sebegitu atas dasar cinta, walaupun sebenarnya itu adalah daripada syaitan dan nafsu yang sentiasa mendorong mereka untuk terjatuh dalam lembah maksiat. Sedangkan tidaklah apa yang mereka alami itu sebagai cinta, akan tetapi “hawa” iaitu sifat syahwatiyyah(syahwat) yang sentiasa ada dalam diri manusia. Oleh kerana nafsu mereka menguasai diri mereka, termasuk perasaan diri mereka, maka cinta yang muncul dalam diri mereka itu diselaputi oleh nafsu yang ingin merosakkan diri mereka. “Cinta” mereka itu sentiasa dengan berlafazkan “I love you”, “saya sayangkan kamu”, dan sebagainya demi menarik hati ajnabi yang diminatinya itu agar terpikat. Ditambah pula dengan terbuka luas dan mudahnya untuk seseorang lelaki dan perempuan untuk berhubung antara satu sama lain, melalui telefon, handphone, internet dan sebagainya. Maka, kita lihat sekarang ini berlakunya pelbagai masalah sosial yang berlaku kerana mereka semua tertipu dengan perasaan hati mereka yang sebenarnya berasal daripada godaan nafsu yang amat halus yang bertopengkan cinta. Cinta mereka itu tidak hanya cinta yang kotor lagi hina, mereka sanggup menggadaikan maruah mereka atas dasar cinta yang hina ini yang mana akhirnya akan membawa penyesalan pada suatu masa akan datang. Hubungan yang berlaku antara remaja kita sekarang, (kebanyakkannya), bukanlah cinta. Tetapi suatu kekeliruan hati mereka kerana pengaruh media massa serta kemudahan untuk berhubung, yang mana secara tidak langsung telah membuka pintu ke arah pengzinaan.

Oleh kerana itu, Allah s.w.t. telah bersabda di dalam al-Quran;

ﮊ  ﮋ  ﮌ  ﮎ     ﮏ      ﮐ  ﮑ   ﮒ  ﮓ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)[1].

Oleh kerana itu, Imam Abu Hanifah radhiyallahu ‘anhu berkata, “Menghampiri zina itu adalah dikira zina”. Kerana perbuatan menghampiri zina itu, tidak lain akan mengheret seseorang kepada lembah zina. Oleh kerana itu, para ulama’ usul fiqh telah mengatakan kaedah, “Setiap perkara yang mendatangkan perkara yang haram adalah haram”. Contohnya seperti seseorang itu dikhuatiri memudaratkan sekiranya memegang pisau, maka diharamkan baginya untuk memegang pisau. Maka, diharamkan juga perkara-perkara yang menghampiri zina, kerana untuk mengelakkan berlakunya perkara haram tersebut.


Kekeliruan antara cinta dan zina hati

Memang benar, ramai diantara kita tersalah memahami cinta kepada ajnabi itu adalah zina hati…
Sebenarnya, cinta dan zina hati itu adalah dua perkara yang berbeza.

1)      Cinta ialah satu perasaan yang fitrah yang diciptakan Allah s.w.t. kepada manusia untuk saling menyayangi, serta mengambil berat antara satu sama lain, tidak kita kepada sesama jantina(kasih sayang), ataupun kepada berlawanan jantina(cinta).
2)      Zina hati pula ialah satu perbuatan yang berkaitan dengan hati, yang berkaitan dengan maksiat dan boleh mengotorkan hati, yang mana berasal daripada nafsu.. zina hati berlaku apabila hati seseorang berkeinginan yang berkaitan maksiat, terutamanya yang berkaitan dengan syahwat..

Jesteru itu, perlu difahami bahawa cinta itu bukan-lah zina hati. Akan tetapi, dengan kecintaan seseorang terhadap ajnabi boleh membawa kepada zina kecil dan zina besar sekiranya tidak tahu menjaga diri. Oleh kerana itu, adalah sebaiknya bagi para remaja sekarang ini diasingkan mengikut jantina di dalam pembelajaran mereka, dan remaja perempuan tidak digalakkan keluar daripada rumah melainkan keperluan sahaja, demi menjaga diri daripada termasuk dalam fitnah akhir zaman yang semakin berleluasa.

Firman Allah s.w.t.:

ﯮ   ﯯ  ﯰ  ﯱ        ﯲ  ﯳ  ﯴ  ﯵ  ﯶ  ﯷ

Maksudnya: “Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?[2].


Kesimpulan

Maka, dapat kita fahami daripada perbahasan di atas, bahawa:

1)      Islam tidak melarang daripada umatnya mencintai antara satu sama lain, termasuk mencintai ajnabi. Akan tetapi, Islam menegah hubungan yang dianggap “istimewa” yang disandarkan atas nama “cinta” sedangkan kedua-dua pasangan tersebut belum mempunyai ikatan yang sah disisi syara’ iaitu ikatan perkahwinan.
2)      Zina hati itu bukanlah cinta yang lahir daripada perasaan secara fitrah. Akan tetapi, perasaan cinta yang dikotori dengan hawa nafsu itulah yang menjadikan zina hati, iaitu hati yang mengingati seorang ajnabi kerana syahwat.

Allahua’lam bis sowab~..

al-Faqir ilAllahi al-Latif,
Tengku Ahmad Saufie.



[1] Surah al-Isra: 32.
[2] Surah al-Furqan: 43.