Si musafir yang mengembara mencari keredhaan Allah~

  • Facebook

Cinta Sayidatina Rabi'atul 'Adawiyyah, Qaddasallahu sirraha

Posted by Unknown - -




Sheikhna Sidi Yusuf alHasani meriwayatkan, suatu kisah yang melambangkan cinta suci seorang wanita terhadap Tuhannya yang Esa, yang tidak dapat ditandingi oleh kita semua, iaitu Sayidatina Rabi'atul 'Adawiyyah.


Setelah nama Sayidatina Rabi'atul 'Adawiyyah telahpun menjadi terkenal sebagai seorang yang solehah dan 'arif billah melalui perkataan dan tingkah lakunya, menjadikan beliau diidamkan oleh kebanyakkan manusia daripada kalangan 'arif billah dan ulama', termasuk juga khalifah pada waktu itu. Tidak hairan juga, kerana beliau masih belum dimiliki, bahkan mempunyai wajah yang amat cantik yang akan memukau sesiapa yang melihat wajahnya itu.


Pada suatu hari, khalifah tersebut meminta guru kepada Sayidatina Rabi'atul 'Adawiyyah, iaitu Imam Sufyan ar-Ra'iy, untuk melamar Sayidatina Rabi'atul 'Adawiyyah bagi pihaknya. Maka, Imam Sufyan ar-Ra'iy pun berjumpa dengan beliau, lalu mengatakan hasrat khalifah tersebut serta menyampaikan pesanan yang berupa pujian. Lalu, dengan kebijaksanaan beliau, beliau pun berkata, "Baiklah, bawalah khalifah itu untuk berjumpa denganku".





Imam Sufyan ar-Ra'iy menyampaikan pesanan beliau kepada khalifah, lalu pada keesokan harinya, khalifah tersebut pergi kepada Sayidatina Rabi'atul 'Adawiyyah dengan membawa pengiring yang ramai dan setiap seorang membawa sedulang emas dan harta yang amat bernilai.


Setelah rombongan itu sampai kepada tempat pertemuan, khalifah tersebut menegur Sayidatina Rabi'atul 'Adawiyyah lalu menunjukkan kepada beliau segala harta yang telah dibawanya untuk diberi kepada beliau, dan menyatakan hasratnya untuk menjadikan beliau sebagai isteri.


Maka, Sayidatina Rabi'atul 'Adawiyyah pun bertanya, "Apakah yang menyebabkan kamu mencintai aku?". Jawab khalifah tersebut, "Aku mencintai kamu kerana kesolehahan kamu, akhlaq kamu, budi pekerti kamu". Khalifah itu melontarkan pelbagai kata pujian kepada beliau demi memikat hati beliau untuk dijadikan isteri.
Tetapi Sayidatina Rabi'atul 'Adawiyyah berkata, "Kalau demikian itu sebab kamu mencintai aku dan ingin menjadikan aku isterimu, aku boleh tunjukkan kamu seseorang yang lebih solehah, yang lebih berakhlaq daripada aku".


Khalifah itu pun bertanya, "Apakah ada orang yang lebih lagi daripada kamu?". Jawab Sayidatina Rabi'atul 'Adawiyyah, "Ada, kakak aku". Khalifah tersebut bertanya dengan penuh ingin tahu, "Dimana kakak kamu?".


Jawab beliau, "Kakak aku dah lama berada di belakang kamu". Maka, khalifah terus berpaling ke belakang tetapi tidak mendapati kakak Sayidatina Rabi'atul 'Adawiyyah di belakangnya.


Lalu, Sayidatina Rabi'atul 'Adawiyyah pun berkata, "Bagaimana kamu boleh berkata kamu mencintai aku, sedangkan kamu mudah sahaja memandang kepada wanita lain walaupun wanita tersebut tidak wujud di belakang kamu. Kata-kata cinta kamu itu semuanya adalah hanya dusta, dan eloklah kalian semua pulang dan membiarkan kehidupan aku".


Setelah itu, Sheikhna Sidi Yusuf al-Hasani berkata, "Orang yang sibuk, tidak lagi akan disibukkan". Iaitu, orang yang telah sibuk hatinya dengan Allah, tidak lagi akan memandang kepada selainNya, apatah lagi untuk sibuk dengan selainNya. Maqam yang dicapai oleh Sayidatina Rabi'atul 'Adawiyyah, tidak pernah tercapai kebanyakkan 'arif billah. Cintanya kepada Allah itu, adalah cinta kepada zat Allah. Sedangkan cinta kita kepada Allah, hanya diatas sebab Allah yang mengurniakan rezeki, tapi bila ditimpa musibah, kita pula bertindak seolah-olah "tuan" dengan memberontak kepadaNya yang menurunkan musibah kepada kita sebagai ujian. Apakah demikian ini dinamakan cinta?..ataupun kita tidak tahu menilai apakah itu cinta sebenarnya kepada Allah..


Allahua'lam bis~Sowab.

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    Like