Ini adalah keratan comment yang dihantar oleh pengikut@haji kahar sendiri, yang mengelarkan dirinya sebagai "rasul melayu" yang dahulunya heboh di media-media semasa termasuk media Islam.
Dia adalah salah seorang dari golongan yang memahami al-Quran yang murni tanpa bimbingan ilmu dan menafsirkan al-Quran mengikut selera hawa nafsunya dan hanya berpandukan terjemahan al-Quran.
Telah banyak ulama'-ulama' menerangkan tentang keSESATan "rasul melayu", jadi ana bukan mahu menerangkan lagi, cuma mahu berkongsi dengan antum akan comment sesatnya di blog ana.
JEMPUTAN MAKAN FREE – REZEKI DARI LANGIT
'Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.'
(AL QURAN – Ibrahim: 4)
'Dan sekiranya mereka Kami binasakan dengan suatu azab sebelum Al Quran itu diturunkan, tentulah mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa tidak Engkau utus seorang Rasul kepada kami, lalu kami mengikuti ayat-ayat Engkau sebelum kami menjadi hina dan rendah”.' (AL QURAN - Ta Ha: 134)
‘Hai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menjelaskan syariat Kami kepadamu ketika terputus pengiriman rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: “tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira, maupun seorang pemberi peringatan”. Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu’ (AL QURAN – Al Maidah: 19)
Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda secara automatiknya telah tersabit dengan rasul yang diutuskan Allah kepada anda kaum Melayu iaitu rasul Melayu, samada suka atau terpaksa, di;
http://messengerofgodtoday.blogspot.com
If;
Suka – Nikmat
Terpaksa – Azab
You make and decide your own order
Al Quran adalah rezeki dari langit yang diturunkan Tuhan. Maka kami hanya menyediakan hidangan rezeki yang diturunkan kepada kami in 'Local Malaysian Style', free of charge (FOC).
Hidangan yang kami sediakan adalah fresh sepanjang masa, segar, baru dan bukan bangkai, darah mahupun babi dan juga bukan yang disembelih selain nama Allah, serta di jamin halal di sisi Tuhan.
Blog kami adalah terbuka dan sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang fakir, yang miskin, yang kelaparan dan yang dalam perjalanan untuk mendapatkan makanan di dalamnya yang boleh dimakan bersama-sama, yang tak habis-habis dan yang mengenyangkan yang boleh membawa kepada kepuasan hati.
Inilah komennya.
Tergelak ana membacanya, sama ada memang ada message lawak, ataupun fahaman mereka yang menggelikan sanubari hati ana. Bukan apa, dia mengatakan dia itu "rasul melayu", tetapi dalam tulisannya dimasukkan juga bahasa inggeris. Dimana "kemelayuan" rasul melayu ni ya?..Hahaha~
Sedangkan Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. sepanjang hidup Baginda, berdakwah dengan 100% bahasa Arab.
Na'uzubillah, mereka masih lagi bergiat aktif, tiada tindakan yang dapat dilakukan terhadap golongan sesat lagi murtad ini kerana kelemahan sistem perundangan "sekular" di negara kita.
Akhirnya golongan mereka dapat "melepaskan" diri dari pihak yang bertanggungjawab, dan muncul dan terus muncul lagi fahaman sesat yang segolongan mereka.
Mereka sering mengatakan bahawa haji kahar itu "rasul melayu" kerana berdalilkan terjemahan al-Quran yang ditafsir pula mengikut kepala ketuanya itu.
Sedangkan budak-budak sekolah rendah pun mengetahui bahawa terjemahan al-Quran itu bukanlah al-Quran, akan tetapi hanyalah terjemahan bahasa, samada harfin bi harfin(huruf ke huruf) ataupun terjemahan lengkap.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud,
Surah Yusuf, ayat 2
Lagi,
Surah ar-Rad, ayat 37
Lagi,
Surah Taha, ayat 103
Lagi,
Surah az-Zumar, ayat 28
Lagi,
Surah Fussilat, ayat 3
Lagi,
Surah Fussilat, ayat 44
Apakah tidak cukup lagi keterangan Allah tentang al-Quran yang tulen, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, berbangsa Arab, dan berbahasa Arab Fushah?
Sesungguhnya mereka inilah golongan yang dikatakan Allah Yang Maha Mulia PetunjukNya,
Surah Baqarah, ayat 18
Diantara mereka, iaitu pengikutnya tergolong didalam golongan yang disifatkan Allah didalam ayat 78 surah Baqarah,
اي(ataupun) mereka yang mengikuti ajaran sesat ini, hanyalah mereka yang jahil tentang al-Quran dan bahasa Arab, dan mereka hanya berpegang dengan fahaman yang dilontarkan oleh ketuanya sahaja dan bersangka-sangka, menafsirkan sendiri ayat Quran yang telah diterjemahkan.
Allah bertanya kepada mereka yang tidak patuh kepada ajaran Allah melalui lisan pesuruhNya yakni Nabi Muhammad,
Surah Muhammad, ayat 24
*Hujah Aqli
Mereka menyangka merekalah dijalan yang benar, sedangkan terjemahan al-Quran itu telah wujud sebelum kewujudan mereka. Lalu bagaimanakah dia sewenang-wenangnya mendakwa bahawa terjemahan Quran itu diturunkan kepadanya, dan Quran dalam bahasa Arab itu diturunkan kepada Nabi Muhammad?..sungguh jelik fahamannya itu.
Bahkan kedatangan Nabi Muhammad telahpun di"laporkan" didalam Kitab-Kitab sebelum Kitab al-Quran. Lalu, kedatangan haji kahar dilaporkan/diramalkan didalam kitab apa? kitab surat khabar yang menghebohkan kedatanngannya ke? ataupun majalah-majalah yang mendokong fahaman nya?
Firman Allah,
Surah A'raf, ayat 184
Fikirkanlah wahai mereka yang menyimpang dari ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.
nantikan balasan surat menyurat antara ana dengan blog yang mendokong fahaman sesat "rasul melayu"
Allahua'lam
Surah al-Baqarah, ayat 7
assalamualaikum
alhamdulillah..harap saudaramilarad dapat teruskan pematahan hujah yng diberikan di blog haji kahar tersebut..
insyAllah dibukakan pintu taubat hati hj kahar.
assalamualaikum
Sudah terang-terangan bahawa Rasulullah SAW adalah utusan terakhir dari Allah. Takkan mereka taktau perkara simple ni. Haih~
Allah kan bagi akal untuk berfikir. Tidakkah mereka berfikir? Ana taknak berkata-kata lebih mengenai hal ini. Nanti meradang pulak ana... Huhu...
ermm maaf..silap typing
harap saudara admin dapat teruskan pematahan hujah...
tq
Rasul Melayu adalah idea paling lawak yg berjaya dibuat oleh seorang manusia melayu bergelar cikgu. boleh kalahkan senario, sepah dan nabil. ada juga orang yang berkepala seperti ini. ada hati nak lawan Allah pula tu.. Astaghfirullah.. na'uzubilLah..