بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
الإمام و العارف بالله سيدي السري السقطي
قدس الله سره
Sejarah
Hidupnya:
Beliau
adalah wali yang amat dikenali pada zamannya, pakar pembersih hati golongan
'arifin, Imam as-Sari as-Saqati merupakan seorang ulama' sufi yang agung, yang
kisahnya sentiasa disebut-sebut hingga zaman sekarang. Nama sebenar adalah, Abu
al-Hasan Sari ibn Mughlas as-Saqati(semoga Allah menyucikan rohnya), yang
merupakan bapa saudara kepada Imam al-Ma'ruf Junaid al-Baghdadi(semoga Allah
menyucikan rohnya). Beliau lahir di Baghdad dan wafat di sana pada tahun 253
Hijrah. Pada hayat beliau, amat dikenali sebagai orang yang amat zuhud, dan
dilabelkan sebagai ketua orang-orang yang wara' pada zamannya, Penghidup Sunnah
serta Ilmu Tauhid.
Beliau
merupakan murid kepada Imam al-Arif Billah Ma'ruf al-Karkhiy(semoga Allah
menyucikan rohnya), seorang wali Allah yang mahsyur dan melahirkan ramai
manusia yang berhati suci hasil didikannya.
Walaupun
sejarah hidupnya tidak diriwayatkan secara terperinci, akan tetapi kata-kata
hikmah beliau tersebar luas melalui anak muridnya, iaitu Imam Junaid
al-Baghdadi(semoga Allah menyucikan roh mereka berdua).
Perkataan
Beliau:
11)
Imam Junaid al-Baghdadi pernah
mendengar beliau berkata(semoga Allah menyucikan roh mereka berdua),
"Hendaklah kamu mengetahui jalan terpilih serta teringkas untuk ke
Syurga". Aku(Imam Junaid al-Baghdadi) bertanya, "Apakah itu?".
Maka jawab beliau;
لا تسأل من أحد شيئا، ولا تأخذ من أحد شيئا ولا
يكن معك شيء تعطي منه أحدا
Maksudnya:
“Janganlah kamu meminta dari seseorang akan sesuatu, dan jangan kamu
mengambil dari seseorang akan sesuatu, dan jangan ada bersama kamu walau
sesuatu, dan berikan apa sahaja yang ada di sisi kamu”.
22) Pernah satu hari aku(Imam Junaid –semoga
Allah menyucikan rohnya-) masuk ke dalam bilik Imam Sari as-Saqati(semoga Allah
menyucikan rohnya) dan melihat bahawa beliau sedang menangis. Lalu aku pun
bertanya kepada ayah saudaraku itu, “Kenapakah kamu menangis?”. Jawab beliau, “Semalam,
ada seorang budak perempuan datang kepadaku dan berkata, “Wahai ayah, malam ini
adalah malam yang panas dan aku akan menggantungkan bekas air disini”. Setelah
itu aku pun menjadi amat mengantuk lalu tertidur dan aku bermimpi datang
seorang hamba perempuan yang amat indah yang turun daripada langit. Aku pun
bertanya, “Siapakah yang memiliki kamu?”. Jawab hamba tersebut, “Aku adalah
milik orang yang tidak meminum air sejuk di dalam bekas(merujuk kepada bekas
budak perempuan tadi), lalu hamba tersebut mengambil bekas itu lalu
memecahkannya”. Imam Junaid(semoga Allah menyucikan rohnya) berkata, “Aku
terlihat kesan-kesan bekas yang pecah itu, tetapi beliau tetap sahaja
membiarkannya disitu ataupun menyentuhnya sehinggakan kesan itu diselaputi oleh
debu”.
33) Berkata ‘Ali ibn al-Hussein ibn Harb, “Aku
telah diutuskan oleh ayahku kepada as-Sari membawa ubat batuk”. Maka beliau
berkata kepadaku, “Berapakah harganya?”. Aku pun menjawab, “Aku tidak
diberitahu oleh ayahku akan harganya”. Maka beliau pun berkata, “Sampaikan
dariku salam kepadanya dan katakan “Kami telah mengajarkan manusia sejak 50
tahun dahulu agar mereka tidak mencari makan melalui agama mereka, tetapi
sekarang kami melihat bahawa kita semua mencari makan melalui agama kita”.
44) Beliau pernah berkata;
احذر أن تكون ثناءًا منشورا وعيبا
مستورا
Maksudnya: “Berhati-hatilah
kamu apabila mendapat pujian yang tinggi, tetapi ke’aiban kamu tertutup”.
55) Perkataan beliau mengenai Tawakkal;
التوكل الانخلاع عن الحول والقوة
Maksudnya: “Tawakkal adalah membuang rasa
kekuatan dan keupayaan”.
66) Beliau berkata;
أربع خصال ترفع العبد: العلم
والأدب والعفة والأمانة
Maksudnya: “Empat perkara yang akan mengangkat
seseorang hamba; Ilmu, Adab, melawan hawa nafsu, dan juga amanah”.
77) Seseorang pernah datang dan bertanya
kepada beliau akan kelebihan orang yang sentiasa berlapar dengan orang yang
sentiasa kenyang, maka jawab beliau;
إن الجوع أورثهم الحكم، وإن الشبع
أورثهم الغم
Maksudnya:
“Sesungguhnya dengan kelaparan itu akan mewariskan mereka hikmah, sebaliknya
dengan kekenyangan itu akan mewariskan kesedihan”.
88) Beliau berkata;
اجعل فقرك إلى الله تستغني به عمن
سواه
Maksudnya:
“Jadikanlah diri kamu faqir dihadapan Allah, maka kamu akan menjadi kaya dan
tidak bergantung kepada selainNya”.
99) Beliau berkata, sebaik-baik perkara
ada lima iaitu;
-
Menangis
kerana dosa.
-
Memperelokkan
ke’aiban diri.
-
Taat
kepada Allah.
-
Mengeluarkan
nafsu yang meliputi hati.
-
Dan
kamu tidak menjadikan nafsu itu sebagai tungangan kamu.
110) Pernah beliau berpesan kepada anak
saudaranya dan juga muridnya iaitu Imam Junaid al-Baghdadi(semoga Allah
menyucikan roh mereka berdua);
أشتهي
ان أموت ببلد غير بغداد .فقيل لمَ؟ فقال أخاف
أن لا يقبلني قبري فأفتضح
Maksudnya:
“Aku teringin sekali mati di tempat selain Baghdad”. Lalu, Imam Junaid pun
bertanya, “Kenapa?”. Maka jawab beliau, “Aku amat takut bahawa tanah di Baghdad
ini tidak akan menerima ku lalu mengeluarkan ku daripada kuburku”.
Sekian terjemah al-Imam al-‘Arif Billah,
Permata bagi golongan Sufi, Sidi as-Sari as-Saqati qaddasAllahu sirrahu.
Diterjemahkan dengan bantuan Allah s.w.t.;
alfaqir ila Rabbihi al-Latif,
Tengku Ahmad Saufie.
Post a Comment