بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سيدي ابن عطاء الله السكندري رضي الله عنه
الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سيدي ابن عطاء الله السكندري رضي الله عنه
Sejarah
beliau:
Beliau(semoga Allah menyucikan rohnya) bernama Taj
ad-Deen Abu al-Fadhl, Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Abdul Kareem ibn ‘Abdul ar-Rahman
ibn ‘Abdullah ibn Ahmad ibn ‘Isa ibn al-Husain ibn ‘Atoillah al-Juzaami. Beliau disandarkan kepada al-Maaliki
sebagai mazhab beliau, al-Iskandari kepada perkampungan beliau, al-Qarafi
dimana beliau pernah ziarah dan berkhalwah, al-Sufiy yang haqiqah, dan asy-Syaziliy
kepada tariqah beliau. Beliau amat dikagumi pada zaman beliau, permata pada
zamannya, amat dikagumi dengan penguasaan beliau terhadap ilmu Tafsir, Hadith,
Fiqh, Tasawwuf, Nahu, Usul dan sebagainya. Beliau juga dijoloki sebagai Qutub
kepada para ‘arifin, penyuluh orang yang waasil serta pembimbing
orang yang saalik, semoga Allah meredhai beliau dan beliau meredhaiNya.
Beliau amat terkenal sebagai seorang lelaki yang soleh
dan juga ‘alim, sekiranya beliau menyampaikan pengajian akan dihadiri oleh
ramai manusia dan setiap kalam beliau akan memberi kesan kepada hati para
pendengar. Beliau juga diakui sebagai seorang yang mempunyai kefahaman yang
sempurna serta zauq akan setiap kalam para ahli Haqaiq, ahli Sufiy
dan atsar-atsar Salaf(semoga Allah menyucikan roh mereka), seorang yang
pandai mengibaratkan hal yang berkaitan rohani dengan ibarat yang amat tajam
lagi memberi kesan kepada hati, mempunyai kelebihan-kelebihan yang dikurniakan
oleh Allah s.w.t. serta kesemua manusia mengambil manfaat daripada setiap
isyaratnya. Beliau merupakan murid kepada as-Sheikh al-Imam Sidi Yaaqut al-‘Arasy(semoga
Allah menyucikan rohnya), yang mana sebelum itu beliau merupakan murid kepada
as-Sheikh Abi al-‘Abbas al-Mursiy (semoga Allah menyucikan rohnya), dan gurunya
tersebut telahpun menyaksikan akan kelebihannya.
Perjalanan beliau di dalam Tariq ahlIllah
Adalah beliau(semoga Allah menyucikan rohnya) pada awalnya merupakan seorang
yang mengingkari golongan Tasawwuf sehinggakan beliau pernah berkata, “Barangsiapa
yang berkata bahawa disana(golongan sufi) adalah mengetahui selain apa yang
diketahui oleh kami, maka sesungguhnya dia telah membohongi Allah s.w.t.”. Akan
tetapi setelah memasuki perjalanan sebagai seorang saalik di tangan ahli
Sufiyyah dan mengetahui kedudukan mereka, beliau pun berkata, “Adalah aku
mentertawakan diriku kerana menyebut kalam ini(sebelum bersuhbah dengan
golongan Sufiy)”.
Beliau(semoga Allah meredhainya)
berkata di dalam kitabnya -لطائف
المنن-;
جرت بيني وبين أحد أصحاب سيدي أبو العباس المرسي رضي الله عنه
قبل صحبتي له وقلت لذلك الرجل: ليس إلا أهل العلم الظاهر وهؤلاء القوم يدّعون أموراً
عظيمة وظاهر الشرع يأباها، قال رحمه الله وسبب اجتماعي به أن قلت في نفسي بعد أن جرت
تلك الخصومة: دعني أذهب أنظر إلى هذا الرجل فصاحب الحق له أمارات. قال فأتيته فوجدته
يتكلم في الأنفاس التي أمر الشارع بها فأذهب الله ما كان عندي
“Aku telah melalui di hadapan
salah seorang daripada ashab Sidi Abu al-‘Abbas al-Mursiy(semoga Allah
menyucikan rohnya) sebelum aku bersuhbah dengan beliau, dan aku berkata kepada
lelaki itu, “Tidaklah(kebenaran itu) melainkan ahli ilmu zahir, dan mereka
itu(golongan sufiy) adalah kaum yang mendakwa perkara-perkara yang agung tetapi
zahir syara’ menolak mereka”. Dan beliau kata lagi, “Adalah sebab aku
datang berhimpun kepadanya apabila aku berkata kepada diriku setelah berlalunya
pertikaian tersebut, “Biarkan aku pergi dan melihat lelaki itu””. Ketika
itu Allah s.w.t. mendatangkan kepadanya akan tanda-tanda(kebenaran). Beliau
berkata, “Maka, aku pun datang kepadanya, dan aku mendapati beliau
menyampaikan pengajian yang berkaitan dengan jiwa serta nafsu yang mana
sememangnya diperintahkan oleh Syara’ tentangnya, maka hilanglah semua
pertikaianku yang aku pernah pertikaikan”.
Setelah itu, beliau pun menjadi
salah seorang daripada ashab Sidi Abi al-‘Abbas(semoga Allah menyucikan rohnya) dan bersahabat dengannya selama
dua belas tahun sehingga terbitlah cahaya nurani di dalam hatinya, yang
menjadikannya jiwanya sebagai jiwa orang-orang yang muqarrabin.
Guru beliau, al-‘Arif bIllah Sidi
Abu al-‘Abbas al-Mursiy(semoga Allah menyucikan rohnya) pernah berkata
kepadanya;
الزم, فوالله لئن لزمت لتكونن مفتياً في المذهبين - يريد مذهب
أهل الشريعة ومذهب أهل الحقيقة – ثم قال والله لا يموت هذا الشاب حتى يكون داعياً إلى
الله وموصلاً إلى الله والله ليكونن لك شأن عظيم والله ليكونن لك شأن عظيم والله ليكونن
لك كذا وكذا فكان كما أخبر
“Berpegang teguhlah kamu, demi
Allah sekiranya kamu berpegang teguh, nescaya kamu akan menjadi mufti bagi dua
mazhab, -iaitu mazhab ahli asy-Syari’ah(zahir), dan mazhab ahli
Haqiqah(batin)-”. Kemudian beliau berkata lagi, “Demi Allah, tidak akan mati
lelaki ini sehingga menjadi seorang pendakwah di jalan Allah yang wusul kepada
Allah. Demi Allah, Allah akan mengurniakan kamu kedudukan yang agung, Demi
Allah, Allah akan mengurniakan kamu kedudukan yang agung, Demi Allah, Allah
akan mengurniakan kamu itu dan itu(merujuk banyaknya doa guru beliau kepadanya)”.
Maka, beliau pun menjadi sebagaimana yang telah didoakan oleh gurunya itu,
sebagaimana yang dikenali hingga zaman sekarang.
Karamah beliau
Diantara karamah beliau(semoga
Allah menyucikan rohnya), pada suatu hari, seorang lelaki daripada anak murid
beliau menunaikan haji. Akan tetapi, dia melihat gurunya tersebut sedang
menunaikan tawaf, setelah itu di belakang maqam Ibrahim, ketika di Sa’ie, dan
juga di ‘Arafah. Setelah dia pulang daripad haji, dia pun bertanya kepada
sahabatnya tentang gurunya(semoga Allah menyucikan rohnya), “Adakah
asy-Sheikh keluar daripada negeri ini untuk menunaikan haji?”. Maka jawab
mereka, “Tidak!”. Maka guru mereka tersebut pun memberi salam dan masuk
ke tempat mereka, lalu beliau pun bertanya kepada anak muridnya itu, “Siapakah yang
kamu lihat ketika menunaikan haji, dan ketika musafir, daripada lelaki-lelaki
yang ada disini?”. Maka anak muridnya berkata, “Aku melihat akan seorang
lelaki, wahai guruku. Aku melihat kamu”. Beliau pun tersenyum.
Diantara karamahnya lagi,
asy-Sheikh al-Kamaal ibn al-Himaam(semoga Allah meredhainya), seorang faqih
serta muhaddith, telah menziarahi maqamnya, dan kemudian membaca disisi
maqamnya itu surah Hud sehingga sampai kepada firmanNya, “فمنهم شقي وسعيد -Maka dari golongan mereka, ada yang celaka dan ada yang
bahagia-”, sheikh tersebut mendengar beliau menjawab dari maqamnya dengan suara
yang kuat dengan jawapan, “Wahai Kamaal! Tiada dari golongan kami yang celaka”.
Setelah itu, sheikh tersebut pun mewasiatkan agar dirinya juga dimaqamkan
berdekatan dengan maqam beliau(semoga Allah menyucikan rohnya).
Karya-Karya beliau
Beliau memiliki karya-karya
ilmiyah yang banyak. Karyanya yang paling dikenali oleh segenap umat Islam,
yang mana amat digemari oleh golongan Sufiyyah sebagai santapan rohani
mereka, dan juga digemari oleh pihak yang memusuhi golongan Sufiyyah,
iaitu kitabnya yang dikenali sebagai al-Hikam al-‘Atoiyyah, yang mana amat
digemari oleh kebanyakkan ‘ulama untuk mentafsir serta mensyarahkan hikam-hikam
tersebut yang mengandungi ‘ibarat yang amat mendalam dan makna yang amat
baik serta luas, dan hikam tersebut bertujuan untuk mencerahkan lagi kefahaman
perjalanan golongan ‘arifin serta muwahhideen, serta menjelaskan manhaj-manhaj
golongan saalikeen. Kerana kehebatan kitab tersebut, mereka mengatakan;
لو كان لنا معاشر المسلمين أن نصلي بغير القرآن لصلينا بحكم
ابن عطاء الله
“Sekiranya dibenarkan kepada kita semua
bahawa boleh membaca di dalam solat selain dari al-Quran, maka nescaya kami
akan membaca hikam Sidi Ibn ‘Atoillah(di dalam solat kami)”.
Diantara karya beliau(semoga
Allah menyucikan rohnya) lagi;
1)
التوفيق في آداب الطريق
2)
شرح بها قصيدة الغوث أبو مدين (ما لذة العيش إلا صحبة الفقرا)
3)
أصول مقدمات الوصول
4)
تاج العروس الحاوي لتهذيب النفوس
5)
التنوير في إسقاط التدبير
6)
القصد المجرد في معرفة الاسم المفرد
7)
الطريق الجادة في نيل السعادة
Pujian ‘Ulama terhadap beliau
Telah berkata as-Sheikh al-Imam Sidi Zarruq (semoga Allah
menyucikan rohnya) tentang beliau;
كان جامعاً لأنواع العلوم من تفسير وحديث وفقه ونحو وأصول وغير
ذلك كان رحمه الله متكلماً على طريق أهل التصوف واعظا انتفع به خلق كثير وسلكوا طريقه
“Adalah beliau merupakan seorang yang menguasai
pelbagai cabang ilmu seperti tafsir, hadith, fiqh, nahu, usul, dan sebagainya.
Dan beliau juga (semoga Allah merahmatinya) berbicara tentang perjalanan ahli
Tasawwuf dengan teguran yang dimanfaatkan oleh setiap manusia dan juga mereka
yang saalik di dalam tariqah”.
Telah berkata as-Sheikh Ibn Hajar
di dalam -الدرر الكامنة-;
صحب الشيخ أبا العباس المرسي، صاحب الشاذلي، وصنف مناقبه ومناقب
شيخه، وكان المتكلم على لسان الصوفية في زمانه
“Beliau telah bersahabat
dengan as-Sheikh Sidi Aba al-‘Abbas al-Mursiy, murid kepada Imam asy-Syaziliy,
telah menyusun manaqib beliau serta manaqib sheikhnya. Dan adalah beliau
bercakap di atas lisan golongan Sufiy pada zamannya”.
Telah berkata asy-Sheikh
az-Zahabiy;
كانت له جلالة عظيمة، ومشاركة في الفضائل، وكان يتكلم - بالجامع
الأزهر فوق كرسي - بكلام يروّح النفوس
“Adalah beliau mempunyai sifat
yang tegas dan agung, berkongsi setiap kelebihan, dan adalah beliau juga
menyampaikan pengajian di Jami’ al-Azhar di atas kerusi(tanda kemuliaan beliau
yang dimuliakan) dengan kalam-kalam yang menghidupkan jiwa”.
Telah berkata asy-Sheikh Ibn
al-Ahdal;
الشيخ العارف بالله، شيخ الطريقين، كان فقيهاً عالماً ينكر على
الصوفية، فصحب شيخ الشيوخ المرسي، وفُتح عليه على يديه، وله عدة تصانيف منها الحكم
وكله مشتملة على أسرار ومعارف، وحكم ولطائف، نثراً ونظماً. ومن طالع كتبه عرف فضله.
“Asy-Sheikh al-‘Arif bIllah,
guru kepada segala tariqat, merupakan seorang yang faqih dan ‘alim yang pada
awalnya mengingkari golongan Sufiyyah, kemudian bersuhbah dengan guru kepada
para guru iaitu al-Mursiy(semoga Allah menyucikan rohnya), yang kemudiannya
membukakan futuh kepadanya melalui tarbiyahnya, dan beliau mempunyai sejumlah
karya antaranya al-Hikam yang mana kesemua isinya bersentuh tentang asrar serta
ma’arif, serta hikam-hikam dan juga lathoif, yang terdiri daripada susunan
kata-kata biasa mahupun berbentuk sajak, yang mana merupakan kitab yang paling
mahsyur serta diketahui kelebihannya”.
Kewafatan beliau
Beliau wafat ketika usianya baru pertengahan, di Madrasah
al-Mansuriyyah yang terletak di Qaherah, Mesir, pada tahun 709 Hijriyah. Beliau
dimaqamkan di perkuburan al-Muqatthom di tepi bukit dimana terletaknya zawiyah
yang beliau sentiasa beribadat di sana. Maqamnya sentiasa diziarahi umat Islam
baik dari penduduk Mesir, mahupun umat Islam dari seluruh pelusuk dunia untuk
bertawassul dengannya.
Allahua’lam bis Sowab~
Diterjemahkan oleh al-Faqir ilAllahi
al-Latif,
Tengku Ahmad Saufie.
Post a Comment