Cinta Baginda S Terhadap Umatnya
Ketahuilah!
Rasulullah S amat mengambil
berat akan keberadaan umatnya, walaupun kepada kita yang tidak pernah bertemu
dengannya S. Inilah yang
menunjukkan bahawa Rasulullah S amat perihatin
dan mencintai umatnya S dan tidak terhad
kepada para sahabatnya S. Baginda S sentiasa menyebutkan
perkataan, “Akan datang suatu zaman dari umatku…” yang merujuk kepada
umatnya yang muncul setelah kewafatan Baginda S. Begitu juga
dengan kalimat yang cukup terkenal, “Umatku..Umatku..Umatku”, yang mana
Baginda S menyebutkan
kalimah ini ketika sedang menghadapi kesakitan sakaratul maut, bahkan kalimah
ini juga keluar dari bibir Baginda S ketika di padang
Mahsyar ketika manusia tidak mampu berjalan dengan kaki-kaki mereka kerana
ketakutan yang amat sangat.
Apakah kita
mempunyai sebarang jasa kepada Baginda S sehingga Baginda
S amat mengambil
berat kepada kita? Apakah kita mempunyai pertalian darah dengan Baginda S sehingga Baginda
S amat menyayangi
kita hingga hari kiamat kelak? Bahkan tidak! Jauh sekali Baginda S melakukan ini
kerana pertalian darah, apatah lagi untuk membalas jasa kita sedangkan kita
belum lagi lahir di atas muka bumi ini. Jadi, apakah yang membuatkan Baginda S amat menyayangi
kita? Tidakkah kita berasa hairan apabila ada seseorang manusia mencintai serta
mengambil berat seseorang yang lain tanpa sebab yang mendorong ke arah
timbulnya perasaan mulia itu? Akan tetapi itulah Baginda yang bernama Sayyidina
Muhammad S. Tiada sebab
yang Rasulullah S letak kepada
dirinya untuk mencintai umatnya, bahkan itulah sifatnya S yang terpuji
yang telah Allah tanamkan ke dalam hati Rasulullah S Terdapat satu
hadith yang menggambarkan betapa perihatinya Baginda S iaitu;
لما تلا قول الله عز وجل في
إبراهيم)) رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ
كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي ((وقول عيسى عليه السلام)) إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ
عِبَادُكَ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ((فرفع
يديه وقال : اللهم أمتي أمتي وبكى ، فقال الله
عز وجل : يا جبريل اذهب إلى محمد - وربك أعلم - فسله ما يبكيك ، فأتاه جبريل صلى
الله عليه وسلم ، فسأله ، فأخبره رسول الله صلى الله عليه وسلم بما قال وهو أعلم ،
فقال الله : يا جبريل اذهب إلى محمد فقل : إنا سنرضيك في أمتك ولا نسوءك
Maksudnya: “Pada suatu ketika, Rasulullah S membaca
firman Allah mengenai Nabi Ibrahim ‘alaihi as-salam; “Wahai Tuhanku!
Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh
itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia
adalah daripada golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan
menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat)”.[1]
Kemudian
Baginda S membaca pula perkataan Nabi Isa
‘alaihi as-salam; “Jika
Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya
mereka adalah hamba-hambaMu dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka
sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”[2].
Setelah itu,
Nabi S mengangkat kedua tangannya dan
berdoa sambil menangis:
“Ya Allah!
Umatku! Umatku!”
Lalu Allah Y berfirman
kepada Jibril a: “Wahai
Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad S -sememangnya
Allah lebih Mengetahui- tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis.”
Maka Jibril
as menemui Nabi S, lalu bertanya kepada Baginda S dan Baginda S mengkhabarkan kepada Jibril a sebab
tangisannya.
Maka Allah
berfirman kepada Jibril a: “Pergilah
kamu menemui Muhammad S dan
katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan
membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti
(mendukacitakan) engkau S dalam urusan
umat engkau S”[3].
Tidakkah tinda-tanduk Rasulullah S seperti ini membuatkan kita duduk terfikir
sejenak, betapa tingginya kasih sayang Rasulullah S terhadap umatnya S sehinggakan hati Rasulullah S penuh dengan kerisauan terhadap umatnya S. Sesungguhnya Rasulullah mencintai kita tanpa
1 sebab, akan tetapi kita mempunyai 1001 sebab untuk mencintai Baginda S bahkan wajib ke atas kita mencintai Baginda S. Amat ruginya seseorang itu terhijab dalam
merasai tingginya cinta Baginda S terhadap kita.
Selain itu, Baginda S juga bersabda seperti yang diriwayatkan Abu
Hurairah;
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم
أتى المقبرة فقال السلام عليكم دار قوم مؤمنين وإنا إن شاء الله بكم
لاحقون وددت أنا قد رأينا إخواننا قالوا أولسنا إخوانك يا رسول الله قال
أنتم أصحابي وإخواننا الذين لم يأتوا بعد
Bermaksud: “Bahawa
Rasulullah S telah pergi ke kawasan perkuburan dan bersabda: “Sejahtera ke
atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami dengan
kehendak Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita
melihat saudara-saudara kita”.
Sahabat
bertanya: “Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah?”
Baginda S menjawab: “Kamu semua adalah
sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin)
yang belum muncul (orang-orang beriman tanpa pernah melihat Rasulullah S)”[4].
[1] Surah
Ibrahim, 36.
[2] surah
al-Maidah, 118
[3]
Hadith diriwayatkan Sayyidina ‘Abdullah ibn ‘Amru al-‘As radhiyallahu ‘anhu,
sebagaimana tercatat di dalam kitab Soheh Muslim, 306.
[4]
Hadith diriwayatkan Sayyidina Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, sebagaimana
tercatat di dalam kitab Soheh Muslim, 372.
Post a Comment