بسم
الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سيدي أبي الحسن الشاذلي رضي الله عنه
الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سيدي أبي الحسن الشاذلي رضي الله عنه
Sejarah
beliau:
Beliau
adalah wali Qutub yang agung, serta al-Ghaus yang mahsyur, al-Murobbi,
al-Mursyid yang sempurna, Sheikh dan Imam kepada Tariqah asy-Syazliliyyah, Sidi
Abu al-Hasan ‘Ali ibn ‘Abdillah ibn ‘Abd al-Jabbar ibn Tamim ibn Hurmaz ibn
Haatim ibn Qasiy, serta bersambung nasabnya kepada Sayyidina ‘Abdullah ibn
al-Hasan yang dikenali sebagai ibn Sayidina al-Hasan(semoga Allah meredhainya),
dan Sayidina al-Hasan adalah cucu kepada Baginda s.a.w. serta anak kepada
Sayidina ‘Ali serta Sayidatina Faatimah al-Batul(semoga Allah meredhai mereka
berdua) anak kepada Rasulullah s.a.w..
Telah
berkata al-Imam al-Busiriy(semoga Allah meredhainya), pengarang Qasidah
al-Burdah, dalam pujian beliau kepada gurunya Sidi Abi al-Hasan(semoga Allah
meredhainya);
أما الإمام الشاذلي طريقة
في الفضل واضحة لعين المهتدي
قطب الزمان وغوثه وإمامه
عين الوجود
لسان سرّ الموجدي
ساد الرجال فقصّرت عن شأوه همم المآرب للعلى والسؤدد
فتلقّ ما يلقي أليك فنطقه
نطق بروح القــــــــدس أي مؤيد
Adapun Tariqah al-Imam asy-Syaziliy,
Pada kemuliaan serta jelas pada memberi petunjuk.
Qutub pada zamannya serta penolong serta imamnya,
`ainul wujud, lidah rahsia kehidupan.
Dialah ketua segala wali, sedangkan yang lain gagal berkeinginan
untuk menjadi yang tertinggi dan terhormat
Maka dengarlah apa disampaikannya kepadamu, kerana setiap
perkataannya itu bersama dengan Roh al-Quds iaitu Yang Berkuasa.
Kelahirannya,
tempat tinggalnya, serta kecintaannya terhadap ilmu:
Beliau(semoga
Allah meredhainya) lahir pada tahun 571 Hijrah, dalam kabilah al-Khammas
al-Ghamariyyah. Beliau membesar di kampungnya serta di situ beliau menghafaz
al-Quran serta menuntut ilmu. Setelah itu, beliau berpindah ke Faas, dan
menuntut ilmu daripada para ulama’ yang hebat pada zamannya sehingga beliau
menjadi salah seorang daripada ulama’ yang hebat dan bijak dalam memperbahaskan
ilmu zahir. Kemudian, beliau gemar untuk menyindiri demi beribadat kepada Allah
Azza wa Jalla, serta mendidik diri dengan sifat-sifat yang mulia seperti zuhud,
serta bermujahadah, dan memenuhkan sehariannya dengan berpuasa, bersolat,
membaca al-Quran serta berzikir, dan beliau sentiasa berkhalwah dan menjauhkan
diri daripada manusia. Beliau telah mengambil Tariqah pertamanya sebagai
tabarruk di Faas dari Sheikh Waliyullah Sidi Muhammad ibn Haraazim ibn Sidi
‘Ali ibn Haraazim.
Pencariannya
terhadap Mursyid yang Kamil:
Kemudian
beliau mencari seorang Qutub, dengan mengembara ke ‘Iraq, dan bertemu dengan
al-‘Arif bIllah Abi al-Fath al-Waasithi(semoga Allah meredhainya), maka beliau
berkata, “Engkau mencari Qutub di ‘Iraq, sedangkan beliau berada di tanah airmu
sendiri”. Maka, beliau pun kembali ke Maghribi serta mencari wali Qutub itu di
sana. Akhirnya pencarian beliau berhasil apabila bertemu di puncak gunung pada
waktu malam, setelah sekian waktu mendakinya. Dan adalah wali Qutub itu adalah
asy-Sheikh Sidi ‘Abdu as-Salam ibn Masyisy(semoga Allah menyucikan rohnya), dan
Sidi Abi al-Hasan asy-Syaziliy mengambil istifadah daripada beliau akan
ilmu-ilmu yang mana sukar didapati oleh manusia lainnya. Setelah diberi izin
oleh gurunya itu untuk meneruskan perjalanannya, beliau ke arah Tunisia, dan
menetap di sana dalam tempoh yang lama di tempat bernama Syazilah yang menjadi
penisbahan kepadanya.
Penderitaan
serta fitnah yang dihadapi beliau:
Setelah
tersebarnya dakwah beliau dan terkenal di Maghribi, dan juga dikenali sebagai
seorang yang ‘arif bIllah serta pembimbing rohani, pelbagai tuduhan serta
fitnah dilontarkan daripada sekalian penjuru, bahkan dilakukan dengan penuh
licik sehinggakan berjaya mempengaruhi manusia untuk menjauhi majlisnya. Antara
lontaran yang mereka lontarkan ialah mengatakan beliau sebagai zindiq. Setelah
itu, beliau ingin bermusafir ke Mesir, tetapi para pendengkinya menulis surat
kepada sultan Mesir ketika itu dengan mengatakan, “Sesungguhnya akan datang ke
negeri Mesir daripada Maghribi seseorang yang mempunyai sifat zindiq yang mana
kami telah mengusirnya dari negeri kami kerana merosakkan pegangan ‘aqidah kaum
Muslimin. Maka hendaklah baginda berhati-hati dengan dia kerana dia terkenal
sebagai orang yang tidak mempercayai Tuhan serta pandai menggunakan jin”.
Setelah beliau sampai di bandar Iskandariyah(Alexander), Mesir, beliau mendapati rakyat Iskandariyah telah menunggu kedatangannya(melalui surat yang disampaikan musuhnya dari Maghribi), lalu beliau hanya dapat mengucapkan;
Setelah beliau sampai di bandar Iskandariyah(Alexander), Mesir, beliau mendapati rakyat Iskandariyah telah menunggu kedatangannya(melalui surat yang disampaikan musuhnya dari Maghribi), lalu beliau hanya dapat mengucapkan;
حسبنا الله ونعم الوكيل
Maksudnya: “Cukuplah
Allah bagi kami sebagai sebaik-baik penolong”.
Beliau
kemudiannya disakiti oleh penduduk disitu, dan mereka membawa beliau mengadap
sultan Mesir. Kemudian pihak daripada sultan Mesir menghantar utusan kepada
sultan Maghrib berkenaan beliau, tetapi pihak sultan Maghrib menafikan segala
tomahan yang dihadapi oleh Sidi Abu al-Hasan asy-Syaziliy(semoga Allah
meredhainya) sebaliknya memuji serta mengagungkan beliau. Setelah itu, beliau
dipulangkan ke Iskandariyah dan dimuliakan baik dari pihak sultan, mahupun
rakyat Iskandariyah. Di sana, beliau juga mempunyai perniagaan yang amat maju.
Kehidupan
dan Anak muridnya:
Sidi Abu
al-Hasan asy-Syaziliy mempunyai sebilangan murid yang terdiri daripada ulama’
serta fuqaha, yang mana mereka sentiasa menghadiri pengajian beliau. Antaranya
adalah:
1)
‘Uthman ibn Umar, dikenali
sebagai Ibn al-Haajib, ulama’ mazhab al-Maaliki. Beliau dilahirkan di Damsyiq,
dibesarkan di Qaherah dan wafat di Iskandariyah pada tahun 646 Hijrah.
2)
Al-‘Izz ibn ‘Abdu as-Salam,
atau dikenali sebagai Sheikh al-Islam Izzuddin ibn ‘Abdu as-Salam. Seorang
ulama’ bermazhab asy-Syafi’e yang mana sebelum itu terkenal sebagai ahli dalam
ijtihad. Beliau dibesarkan di Damsyiq, kemudian kerana mempunyai salah faham
dengan pemerintah, beliau keluar daripada negerinya kemudian bermusafir ke
Mesir. Setelah menetap di Mesir, beliau menghadiri majlis sidi Abu al-Hasan
asy-Syaziliy(semoga Allah menyucikan rohnya), yang telah menjadi Qutub pada
zaman itu, beliau terkejut serta tertarik dengan kalam sidi Abu al-Hasan
asy-Syaziliy yang ganjil tetapi merasakan begitu dekat dengan Allah, walaupun
hanya mengadiri majlisnya sekejap sahaja. Beliau(semoga Allah meredhainya)
wafat di Qaherah.
3)
Ibn Daqiiq al-‘Aid, yang
terkenal sebagai ketua fatwa dalam mazhab asy-Syafi’e. Beliau wafat di Qaherah
serta dimaqamkan disana.
4)
‘Abd al-‘Azhim al-Manziri,
seorang Haafiz yang terkenal dan memikul tugas sebagai guru di Dar al-Hadith di
Qaherah. Beliau merupakan pengarang kitab at-Targhib wa at-Tarhib, dan wafat
pada tahun 659 di Qaherah.
5)
‘Uthman ibn ‘Abd ar-Rahman,
yang dikenali sebagai Ibn Solah, salah seorang yang terkenal sebagai orang yang
terhadapan dalam bidang Tafsir, Hadith, dan Fiqh. Beliau terkenal juga sebagai
pengarang sebuah kitab tentang bahagian ilmu Hadith yang dikenali sebagai
Muqaddimah Ibn Solah.
Adapun
pelajar-pelajar beliau yang melalui tarbiah beliau ramai. Ramai daripada
penduduk Mesir telah mengambil mengambil tarbiah dari beliau, adapun yang
membawa dakwah kepada Agama antaranya ialah;
Sidi Abu
al-‘Abbas al-Mursiy, pewaris utama rohani beliau(semoga Allah menyucikan roh
mereka berdua). Dimaqamkan di Iskandariyah, serta mempunyai kerohanian yang
mengagumkan, serta wajahnya yang bersinar. Beliau dibanggakan oleh gurunya sidi
Abu al-Hasan asy-Syaziliy sehingga gurunya berkata, “Hendaklah kalian
mengikuti Abu al-‘Abbas”. Pada suatu hari, datang seorang lelaki ‘Arab
penagih arak, tetapi keluar dari tarbiah beliau sebagai seorang ‘arif bIllah.
Beliau wafat pada tahun 686 Hijrah.
Perkataan
beliau:
-
Hendaklah kamu beristirgfar
walaupun kamu tidak mempunyai dosa, kerana Baginda s.a.w. tetap beristirgfar
walaupun Baginda s.a.w. itu terpelihara daripada dosa. Apakah kita merasakan
bebas daripada ‘aib dan dosa?
-
Sekiranya bertentangan suatu
kasyaf dengan al-Quran dan as-Sunnah, maka berpeganglah dengan al-Quran dan
as-Sunnah serta tinggalkanlah kasyaf. Kerana Allah s.w.t. menjamin keselamatan
pada al-Quran dan as-Sunnah, dan tidak menjamin suatu keselamatan pada kasyaf.
Sesungguhnya suatu perkara itu tidak berpandukan kasyaf melainkan tidak
bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.
-
Sekiranya datang satu
anugerah tetapi menjauhkan diri kamu daripada Allah, maka berhati-hatilah.
-
Sekiranya kamu mempunyai
was-was yang banyak, maka katakanlah;
سبحان
الملك الخلاق, ﭽ ﯩ ﯪ
ﯫ ﯬ ﯭ
ﯮ ﯯﯰ ﯱ ﯲ
ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﭼ
Maksudnya: "Maha suci Allah, Raja yang
Maha Pencipta. { Jika Allah menghendaki, nescaya Dia musnahkan kamu wahai umat
manusia dan Ia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain dan adalah Allah
Maha Kuasa melakukan yang demikian itu[1]}".
-
Kamu tidak akan mendapati
Roh serta pertolongan, dan kamu tidak akan mendapatkan maqam kewaliyah sehingga
terhapus dari hati kamu pergantungan kepada ilmumu, hartamu, usahamu. Maka,
berputus asalah daripada setiap sesuatu selain Allah ‘Azza wa Jalla.
-
Kamu tidak akan dapat
menghidu kewangian wali, dalam keadaan kamu tidak zuhud kepada dunia serta
isinya.
-
Sebab kamu terikat itu ada
tiga;
1)
Dosa yang kamu cari.
2)
Dunia yang meninggalkan
kamu.
3)
Seseorang yang menyakiti
dirimu ataupun menyindirmu.
-
Kamu akan mendapat
kerehatan sekiranya bergantung kepada Yang Disembah, dan kamu akan mendapatkan
kepenatan sekiranya bergantung kepada ibadah. Adalah para wali itu berada dalam
kerehatan, bukan dalam kepenatan.
-
Barangsiapa yang
menginginkan kejayaan di dunia dan akhirat, hendaklah mereka masuk ke dalam
mazhab kami, maka baru dia menjadi golongan beriman. Maka seseorang bertanya
kepada beliau, “bagaimana untukku menjadi demikian?”. Jawab beliau, buangkan berhala
dalam hatimu, serta rehatkanlah ia dari dunia.
-
Barangsiapa yang dengan
ilmu serta pengetahuannya tidak menambahkannya menjadi faqir disisi Allah serta
tawadhu’ kepada makhluqNya, maka dia adalah celaka.
-
Sekiranya kamu menjadi
seorang yang beriman dengan sebenar-benarnya, kamu akan dapati kesemua selain
kamu adalah musuhmu sepertimana sabda sayidina Ibrahim ‘alaihi as-Salam;
ﭽ ﯟ ﯠ ﯡ
ﯢ ﯣ ﯤ
ﯥ ﭼ
Maksudnya: “Mereka adalah musuh
kepadaku, melainkan Tuhan sekalian ‘alam”[2].
-
Ilmu-ilmu di dalam hati
seperti emas serta dinar yang berada dalam genggaman. Dengan kehendak Allah
Ta’ala, memanfaatkan dirimu, dan sekiranya dikehendakiNya boleh memudaratkan
dirimu.
-
Seorang murid yang dapat
mengambil rahsia-rahsia kerohanian dirimu lebih baik daripada 1000 murid tetapi
tidak dapat mengambil manfaat darimu.
-
Tasawwuf ialah mendidik
diri kepada ‘ubudiyyah, dan mengembalikannya kepada hukum-hakam Rububiyyah.
-
Tidak akan sampai seseorang
hamba kepada Allah sekiranya masih tersisa walau sedikit syahwat daripada
syahwat-syahwatnya.
-
Sekiranya kamu ingin
mempunyai hubungan yang kuat dengan al-Haq(Allah), bebaskan diri kamu daripada
nafsumu, dan keluar dari(bergantung) kepada persekitaran dan kekuatanmu.
-
Aku telah memohon kepada
Allah agar menjadikan wali Qutub itu daripada ahli tariqatku. Maka Allah s.w.t.
menjawab permohonanku, “Wahai Ali(sidi Abu al-Hasan), sesungguhnya Kami
mengabulkan permintaanmu”.
-
Tidak sempurna ilmu
seseorang yang ‘alim sehingga memutuskan empat perkara;
a)
Bergembira dengan kesakitan
musuh.
b)
Mencela sahabat.
c)
Menghina orang jahil.
d)
Dengki kepada ulama’.
Sekiranya dia bersabar(tidak melakukan
perkara diatas), nescaya Allah menjadikannya imam yang dimuliakan.
Kalam
beliau(semoga Allah meredhainya) amat banyak serta bernilai. Kami hanya dapat menyenaraikan
sekadar ini sahaja dalam risalah ringkas ini.
Hasil
karya beliau:
Sidi Abi
al-Hasan asy-Syaziliy tidak mempunyai sebarang karya. Akan tetapi pernah
terjadi suatu dialog yang terkenal, ketika seseorang bertanya kepada beliau,
“Adakah kamu mempunyai hasil penulisan(kitab)?”. Maka jawab beliau, “Kitab-kitabku
adalah murid-muridku”.
Pujian
para Ulama’ terhadap beliau:
1)
Asy-Sheikh al-‘Arif bIllah
sidi Makkin ad-Din al-asmar menceritakan, bahawa beliau pernah pergi ke
Mansuroh dan masuk ke dalam satu khemah yang mana terdapatnya asy-Sheikh
al-Imam mufti kepada seluruh umat Islam ‘Izzuddin ibn ‘Abd as-Salam, asy-Sheikh
Majduddin ‘Ali ibn Wahhab al-Qusyairiy al-Madrisi, asy-Sheikh Muhyiddin ibn
Saraaqah, asy-Sheikh Majduddin al-Akhimiy, dan juga asy-Sheikh Abi al-Hasan
asy-Syaziliy. Dibacakan dalam pertemuan itu “Risalah al-Qusairiy”. Setelah itu,
mereka berbicara tetapi asy-Syaikh Abu al-Hasan hanya mendiamkan diri sehingga
mereka berhenti daripada berbicara. Maka mereka berkata, “Wahai tuan kami, kami
ingin mendengar sepatah dua daripada kamu”. Maka beliau berkata, “Kalian semua
adalah orang yang mulia serta terhormat dan kalian pun telah berbicara”. Mereka
berkata lagi, “Kami tetap juga ingin mendengar tausiah daripada kamu”. Maka,
beliau hanya berdiam diri selama satu jam, kemudian mula berbicara dengan
mengungkap pelbagai rahsia-rahsia yang mengagumkan serta ilmu-ilmu yang amat
tinggi. Setelah itu, berdiri asy-Sheikh ‘Izzuddin dan keluar daripada khemah
itu dan bersendirian(kerana wajad). Setelah itu beliau berkata, “Dengarkanlah
kamu semua akan kalam ini yang amat ganjil, tetapi amat dekat dengan Allah”.
2)
Beliau memuji lagi tentangnya, “Barangsiapa
yang inginkan dikabulkan hajatnya, hendaklah datang berjumpa dengan asy-Sheikh asy-Syaziliy(semoga
Allah menyucikan rohnya)”.
3)
Asy-Sheikh Makiin ad-Din
al-Asmar berkata lagi, “Manusia selalu berdoa untuk sampai kepada pintu Allah
‘Azza wa Jalla, tetapi sidi Abu al-‘Abbas(semoga Allah meredhainya) memasukkan
mereka kedalamnya”.
4)
Pewaris kerohanian beliau,
sidi Abu al-‘Abbas al-Mursiy(semoga Allah meredhainya) berkata, “Sesungguhnya
aku telah bersuhbah dengan ketua kepada ketua-ketua orang yang jujur, dan aku
telah mengambil darinya rahsia yang tidak akan didapati melainkan dari seorang
ini, kepadanya aku bergantung, serta dengannya aku bermegah. Beliau itu adalah
sidi Abu al-Hasan asy-Syaziliy semoga Allah meredhainya”.
5)
Taqiyuddin ibn Daqiiq
al-‘Aid berkata, “Aku tidak pernah melihat orang yang begitu ‘arif tentang
Allah selain daripada asy-Sheikh Abi al-Hasan asy-Syaziliy(semoga Allah
meredhainya)”.
6)
Asy-Sheikh Abu ‘Abdillah
asy-Syatibiy, “Sesungguhnya aku hati lebih cenderung kepada asy-Sheikh pada
setiap malam tertentu. Pada suatu hari, aku memohon kepada Allah dengannya
berkenaan kesemua hajatku. Maka, aku telah mendapati permintaanku dimakbulkan,
dan aku telah melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurku. Aku berkata kepada
Baginda s.a.w., “Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya aku cenderung untuk
bertemu dengan asy-Sheikh Abi al-Hasan pada setiap malam dan memohon kepada
Allah melaluinya pada setiap hajatku. Apakah yang demikian itu salah?”. Maka
Baginda s.a.w. berkata kepadaku, “Abu al-Hasan adalah anakku pada jasad dan
rohaninya. Serta sebahagian daripada anak-anakku. Maka barangsiapa yang
berpegang dengan satu bahagian, maka dia sebenarnya berpegang dengan
kesemuanya. Maka, barangsiapa kamu berdoa kepada Allah dengan Abi al-Hasan,
maka sebenarnya kamu berdoa kepadaNya denganku”.
Daripada
sirrnya yang menakjubkan, dan halnya yang mulia, majlisnya sentiasa dihadiri
oleh ulama’-ulama’ yang hebat-hebat pada zamannya. Seperti, al-Haajib
al-Maalikiy, ‘Izuddin ibn ‘Abd as-Salam yang dikenali sebagai Sultan kepada
para ulama’, Ibn Daqiiq al-‘Aid seorang yang amat faqih dalam mazhab Syafi’e,
‘Abd al-‘Azhim al-Manziri yang terkenal dengan kitabnya at-Taghrib wa
at-Tarhiib, Ibn al-Solaah seorang yang amat terkenal sebagai Muhaddith, dan Ibn
‘Ashfuur seorang pembawa permata ‘Arab di al-Andalus. Kesemua mereka ini
menghadiri pengajian beliau di Madrasah al-Kaamiliyyah yang terletak di
Qaherah, dan melalui jalan tarbiah beliau.
Haji
serta kewafatan beliau:
Sidi
Yaaqut al-‘Arasy(semoga Allah meredhainya) menceritakan, bahawa asy-Sheikh sidi
Abu al-‘Abbas al-Mursiy(semoga Allah meredhainya) memberitahu, sesungguhnya
asy-Sheikh sidi Aba al-Hasan asy-Syaziliy mengerjakan haji pada setiap tahun.
Ketika tahun kewafatan beliau, beliau keluar untuk mengerjakan haji seperti
tahun-tahun sebelumnya. Beliau berkata kepada pembantunya, “Bawalah kapak serta
perlengkapan untuk mengkafani mayyit”. Maka pembantu beliau pun bertanya
kehairanan, “Kenapakah wahai tuanku?”. Jawab beliau, “Kamu akan lihat nanti di Humaithara”.
Humaithara adalah satu kawasan padang pasir di Mesir yang berdekatan dengan
Aswan(di utara Mesir). Setelah sampai di sana, asy-Sheikh sidi Abu al-Hasan
asy-Syaziliy(semoga Allah meredhainya) pun mandi, dan terus menunaikan solat
dua rakaat. Pada sujud yang terakhir, beliau pun dijemput oleh Allah s.w.t.
menjadi tetamuNya yang mulia. Setelah itu, beliau dimaqamkan di sana.
Terdapat
satu kisah yang masyhur bahawa, ketika beliau dimaqamkan di Humaithara, beliau
pun mandi menggunakan air di sana, sedangkan sebelum itu air disana merupakan
air yang amat masin serta sedikit kerana keadaan sekitarnya. Tetapi, beliau
dapat mandi menggunakan air itu dalam keadaan air itu menjadi elok bahkan
bertambah air itu sehinggakan seseorang itu dapat berendam di dalamnya.
Sedangkan perkara sedemikian tidak pernah berlaku di Humaithara sebelum itu.
Allahua’lam
bis sowab~
Post a Comment